Sejarah Penubuhan


Syarikat Azri ditubuhkan pada awal tahun 2004. Yang berdaftar sebagai perniagaan tunggal di bawah Majlis Perbandaran Sandakan dan diusahakan oleh Puan Ribut Abdullah. Perniagaan awalnya adalah sebagai penjual kuih dan nasi kuning iaitu makanan tradisional penduduk bumiputra Sabah khususnya di Sandakan di Jabatan Air Sandakan hasil usaha beliau perniagaan beliau mendapat gelaran kantin dari gelaran sebagai gerai. Kemudian syarikat ini diteraju dan dikembangkan di bawah pendaftaran lesen perkongsian iaitu Encik Aziz Edris suami kepada beliau. Memandangkan perniagaan ini berkembang dari hasil jualan nasi kuningmya yang enak dan mendapat tempat di hati pelanggan, perniagaan ini dikembangkan sehingga mendapat tawaran bekalan ke Jabatan Perhutanan Sabah di Sandakan pada tahun 2006 dan membekalkan makanan di Sekolah Kebangsaan Sungai Padas Sandakan. Dan kini jualan Azri Enterprise dikembangkan sehingga dapat mendaftarkan syarikat sebagai kontraktor di bawah Kementerian Kewangan Malaysia

.